Monday, December 21, 2009

DOA KAMI


Alhamdulillah, satu majlis Eidul Adha telah berjaya diadakan pada tahun ini.
Ya Allah..Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bersatu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati hati ini telah mengikat janji untuk mendaulat dan meyokong syariatmu. Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati hati ini di jalanMu. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati hati ini dengan limpahan imanMu dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati hati ini dengan ma'rifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan pemilik hati hati ini mati, maka matikanlah sebagai suhadak dalam perjuanganMu. Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini